Bantu alQuds!

Kita berpendapat ini suatu ide yang baik. Ada apa dengan pendatang dan ada apa dengan pelarian Islam? Rohingya umpamanya? Kita nak tutup mata sahaja dan biar pendatang jadi hantu hari-hari pilihan-raya?

Oh, tolonglah, ini tanggungjawab setiap kita.

Baca sini.

Perjuangan Ide Karya-karya Kreatif Islami.

Respon seorang ustaz ketika semalam saya `memarahi’ PAS berkenaan isu ini
amat baik. Dalam mempertahankan PAS, Ustaz tidak membantah ide saya.
Ide tentang keperluan grup penggiat karya-karya kreatif Islami.

Biarkan Faisal dengan labu-labunya, kita terus dulu dengan apa yang
mahu diperbuat. Saya melihat PKS dari bumi Malaysia. Tahu Haluan
mengkagumi mereka. Dan tahu juga Haluan ada memperkatakan tentang
novel Ramlee Awang Mursyid di forum Matri, sebuah web.

Tapi apa kenanya kita? Maaflah. Saya sudah bercakap dengan nada yang
kasar. Ada sudah beberapa kali gila keluar dari mulut saya. Ya, kita
tentu sahaja tidak bersetuju dengan langkah Selangor mahu menjemput
Mas Idayu dan Ella untuk datang `melacurkan diri’ kepada massa, tetapi
adakah cukup sekadar demonstrasi?

Saya fikir perlu dibuat anjakan paradigma dalam akal setiap kita.
Bukankah setiap kita mempunyai akal? Sungguh, kita semua membenci
maksiat, tetapi apa yang mampu kita buat pada TV yang menayangkan
cabul hampir setiap ketika? Mahu buat demonstrasi pecahkan TV?

Macam ni sahajalah. Saya sedih melihatkan kita yang Cuma reti
menghukum sahaja. Lihat, Nitrus (Sekumpulan rokes yang bodoh) bangun
mengatakan apa yang mereka tak faham pun. Roslan Aziz? Dia lagilah tak
reti. Cuba Tanya dia pasal aurat, mungkin jawapannya sama korup dengan
kepala pemerintah Partai Korup Malaysia.

Penyelesaiannya begini. Nah, saya bukan memberontak begitu sahaja.
Saya beri alternatif untuk difikirkan. PAS kena ada satu grup R&D yang
mendalami kebudayaan Islam. Mengkaji bagaimana kesenian Islam yang
tidak melanggar syariat dalam masa yang sama menggegar pemikiran.
Ingat, bukan Akhil Hayy semata-mata ikon kesenian Islam.

Ya, seperti yang dimaklumi, sudah ada fuqaha’ yang sudah membuat
kajian tentang perkara ini, tetapi saya hanya baru melihat teoritikal.
Mana praktikalnya? Gerakan Islamlah yang kena memperjuangkan isu ini.

Lihat di Indonesia, kita ada Ruhul Jadid, Izzatul Islam (Izzis),
Shoutul Harokah dan pelbagai lagi. Lagu-lagu mereka bisa membakar hati
untuk berjihad, bukan macam sebilangan besar penasyid di Negara kita.

Itu baru dari sudut nasyid. Bagaimana pula dari sudut karya-karya
kreatif Islami yang lain? Karya kesusasteraan. Berapa ramai pendokong
PAS berminat tentang perkara in? Dalam beraneka karya-karya cabul, SG,
SX, PL, yang menyerang pemikiran ummah, berapa ramai yang sudi
berlawan dengan mereka? Lihat Harry Potter. Karya ini mengagungkan
sihir. Nah, siapa yang mahu berpedang dengan mereka?

Sentuh sedikit berkenaan filem. Adakah kita mahu menafikan pendokong
PAS sedikit pun tidak berminat menonton filem? Apabila Yasmin Ahmad
memperjuangkan Gubra, mana pembikin-pembikin filem Islami yang mahu
menentang dia!!! Yang kita Cuma tahu, tengok dan kutuk. Adakah
liberalis-liberalis seangkatan Yasmin Ahmad malu dengan perbuatan dia?
TAK! Dia tak malu. Dia ketawakan kita! Dia buat pula Mukhsin!
Bila Shuhaimi Baba membikin Hati Malaya, siapa mahu mengangkat Hizbul
Muslimin sebagai gerakan Islam yang lebih awal memperjuangkan kemerdekaan!

Jangan kalian sangka, massa Malaysia seronok sangat dengan politik.
Ketahuilah antara punca kemenangan adalah disebabkan Partai Korup
gagal dalam menternak rakyat. Jadi kemenangan bi iznillah berpihak
pada kita. Politik kadang menjemukan. Jika wacana ilmiyah dianggap
memboringkan, kenapa tidak ada usaha mahu mentajdidkan animasi untuk
menggugah pemikiran kita? Kenapa kita segan memperjuangkan
kesusasteraan Islam yang agung? Ingat Hikayat Amir Hamzah? Muhammad
Ali Hanafiyah? Kita kuat, tapi kita segan.

Akhir kalam, kita setuju dengan tidak setujunya PAS pada Mas Idayu,
tetapi dalam masa yang sama jangan berhenti di situ. Fight till e end!
Memperjuangkan karya-karya kreatif Islami yang di dalamnya terkandung
roh tauhid serta seterusnya menghulurkan tangan menyelamatkan Nitrus,
Mas Idayu dan Roslan Aziz juga.

Berkenaan Anwar.

Banyak peringatan-peringatan yang kurang elok sampai ke telinga kita berhubung Anwar Ibrahim meski kita tidaklah membantah Anwar dari segenap perkara dan menyokong Anwar dari segala perkara.

Umpamanya dari pure-hadharist.blogspot.com sendiri. Cuma sedikit sahaja yang dapat saya ingatkan semula kepada sesiapa yang terlalu ‘over’ dalam sesuatu perkara yang dia tak tahu: hati-hatilah!

Harus diberi kredit juga kepada Anwar selain asyik memberi hentam-hentaman kromo kepada beliau meski dia telah mengecilkan hati Gerakan Islam suatu ketika dulu dan tidak berbuat apa-apa berhubung kes Memali, dia tetap ada sumbangan pada marhaen di Malaysia. Kita juga harus bertanya, jika Anwar terlalu korup kenapa Almarhum Ustaz Fadzil Noor membela Anwar dengan menubuhkan GERAK?

Dan kita sebenarnya cuma perlu berjaga. Ibarat seseorang yang mengesyaki A sebagai perampok. Cuma sekadar mengesyaki bermaksud tidak perlulah membuat tuduhan yang bukan-bukan. Dan mengesyaki pun tentu sekali perlu mempunyai sebab-sebab kenapa perlu mengesyaki.

Dan apabila telah nyata bahawa A itu adalah perampok, barulah kita boleh menangkap A.

Dan Anwar di PR bukanlah sebagaimana KJ di AMNO. Anwar tetap lagi baik dari AMNO meski dirinya tidak tinggal jauh dari SHIT itu sejauh-jauhnya. Anwar juga bukanlah pendendam seperti Dr. Mahadir.

Bahasa Politik: PAS Sudah Kalah?

Mulanya kita merasakan betullah PAS sudah kalah dari berbagai-bagai sudut. Bukan kita bertujuan menghentam secara semberono atau tak kepada Jamaah Islam popular ini karena kita percaya Jamaah ini benar-benar komited melaksanakan tuntutan-tuntuan Islam.

Awalnya kita ingin mengatakan janganlah terlalu ghairah menerima kemasukan beramai-ramai ahli parti (Ingat, kemasukan. Bukan lompat parti.) terutamanya dari Partai Korup.

Namun bila ditatap sirah Nabi S.A.W yang silam, kita dapati Nabi S.A.W tidaklah menyekat kemasukan beramai-ramai orang-orang yang ingin menyertai Islam selepas Peristiwa Pembukaan Makkah.

Kita tidaklah mengetahui isi hati sesiapa tanpa izin Allah. Maka siapa kita untuk menghalang bekas-bekas ahli Partai Korup atau mantan Pi Em memasuki Parti Islam? Tetapi wajar mereka tidak diberi jawatan-jawatan yang terlalu penting untuk permulaan. Melainkan mereka benar-benar berkelayakan untuk jawatan-jawatan tersebut. Dalam masa yang sama ahli-ahli Parti Islam pun tidak kurang hebatnya. Dan yang paling penting sekali adalah perlu mentarbiyah semua mereka secepat yang boleh.

UsrahPIS

Tulisan Abang Faisal di tehranifaisal.blogspot.com wajar diperhatikan secara bersungguh-sungguh. Sekalipun Abang Faisal cenderung syiah tidak salah kita memikir-mikir apa ide atau persoalan yang dia timbulkan. Bahasa Politik: PAS Sudah Kalah pada tarikh 15 April 08, ada beberapa ayat yang menarik untuk diperbincangkan.

Dua, PAS memang sudah tinggalkan usrah.

Kita begitu bersetuju dengan Abang Faisal untuk kali ini. Berdasarkan kacamata kita yang lemah, mendapati kawasan sekeliling kita memang tidak kelihatan usrah atau ketandusan usrah. Ayna usrah?

Dengan boleh sahaja mencari makna usrah di mu’jam, kita berpendapat usrah itu penting. Parah juga jika kita tidak melakukannya sekalipun kita tidak mem’fatwa’kannya sebagai wajib.

Kita akui Albanna adalah peribadi yang bertanggungjawab mempopularkan usrah abad ini sekalipun di zaman Nabi S.A.W (Buat setakat ini.) masih belum terdengar di telinga kita tentang istilah usrah seperti yang diterjemahkan Albanna dalam kehidupan perjuangannya. Tetapi kita semua pasti telah mengetahui bukan tentang Arqam bin Abi Arqam?

Ada seorang sahabat memberi pandangan yang acuh, kita kena menjaga hasil eksperimen ini. Dan kita teramatlah bersetuju dengan pandangan sahabat itu.

Ibarat Perjanjian Hudaybiyah jika kita ingin mengumpamakan. Perlu diambil kesempatan semaksima mungkin yang boleh. Pendek tempoh ‘gencatan senjata’ ini berbanding gencatan di Hudaybiyah 1400 tahun lebih yang lampau.

Moga DAP, PKR dan rakyat mendapat manfaah dari kemenangan Gerakan Siyasah Islam Malaysia.


muqaddimah

Saya mulakan kalam ini dengan Bismillah hir Rahmanir Rahim. Untuk Tuhan yang Maha Mengetahui apa segala yang terkandung dalam jiwa saya dulu, kini dan akan datang.

Sungguh! Saya begitu terpengaruh dengan SaifulIslam.com. namun tidaklah sampai saya menaqlid buta pada Ustaz SaifulIslam tanpa menimbang tara dengan akal yang rasional.

IdeuntukIslam dibuat kerana saya ingin lebih takhassus dalam jihad saya. Dalam masa yang sama tetap mempercayai Islam itu syumuliyyah saya lebih selesa untuk lagi jelas dalam ide-ide saya untuk menguntungkan lagi Islam.

Banyak permasalahan ummah hari ini belum mampu ditangani kelompok pemerintah umat Islam. Tidak malukah mereka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru iaitu Lim Guan Eng yang hendak memerintah seadil Umar Abdul Aziz?

Maka saya begitu tertarik akan Hezbollah, iaitu Negara dalam Negara. Pemerhatian dangkal saya mendapati Syed Qutb sendiri ada menjelaskan tentang konsep keterasingan dari masyarakat jahiliyyah moden.

Kita perlu bertindak dalam ruang lingkup kita yang tersendiri. Model Arqam tidak salah untuk kita ikuti. Arqam yang salah adalah tentang konsep aqidahnya. Dari sudut ekonomi begitu memikat kita.

Saya di IdeuntukIslam.wordpress Cuma sebagai pencetus. Saya yakin dan percaya di luar sana lagi ramai orang-orang yang lagi hebat dengan ide-nya. Mungkin istilah yang lagi sesuai untuk saya di IdeuntukIslam.wordpress.com adalah moderator.

Saya berdoa dalam hati agar rakan-rakan yang dikenali atau rakan-rakan yang tidak dikenali tetapi dekat di hati sudilah menegur kiranya saya selaku ghair maksum terbuat salah dalam melontarkan ide. Yang penting kita semua kerahkan daya fikir kita untuk Islam karena Allah!

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!